Wednesday, October 29, 2008

Ke nya ta an

'Belaja kenal diri seniri. Kate2 tak mgkin dpt kt gapai kalo hnye dgn kate2 tanpe memikir hakikat kejadian'
Dalam. Penoh makna.
Semoge tepat ke hati. Terserlah dipelakuan.
Transformasi kan sgalenye. Revolusi.
'Pro & Kontra'
Cuba aku nyatakan pada bintang, pada bulan.
Tapi mereka seakan menyalah aku mlm ini.
Bisik sore hati pula "Ang yg buduh sgt!"
Argh... tekanan!
Persetan pd mereke semue!
Yg pasti aku mampu kini menerime ape yg di panggil
k e n y a t a a n
h a k i k a t
t a k d i r
Q a d a' & Q a d a r
Ya. Mungkin cara aku menerima kenyataan nampak kuat.
Tapi itu hanya 'konon-konon'.
Sebenarnya hati ini sangat rapuh. Senang sangat. Mudah sangat.
Dititiskan air mata ini.
Tapi... itulah yg pasti.
Yang perlu untuk aku terima.
Yang perlu aku fahamkan seniri.
Hati kian letih...
…………………………………………………………………………
Jauh sangat
Perlu berundur
Tapi aku bukan begitu
Sekali maju ke hadapan, tak mungkin aku berpatah mundur
Tapi kenape dengan aku kini?
Tak berpegang pade pendirian itu lagi
Haih... ramai dating ketuk pintu hati
Aku tolak berhati-hati
Kadangkala tersungkur lagi
Maaflah pada mereka yang penah datang dengan niat murni
Yang mahu memenangi hati ini
Aku belum bersedie membuka pintu hati ini
Hati ini masih tak mahu di miliki
Kerana hati ini masih menanti yang tak pasti
[manusia kegemaran]

Sunday, October 19, 2008

Bintang Hati, Insan Mulia vs Insan Hina

Berlari aku
Mengejar Bintang Hati
Entah pasti entah tidak
Sempurna dirinya kurniaan Penciptanya
Berebut, berkelahi mahu memetik Bintang
Helah, Dusta, Santapan menggapainya
Di jaga rapi insan mulia
Bintang ku,
Jauh diri mu terarah padanya
Semakin ku gapai, semakin terseksa
Insan mulia menjadi mangsanya
Ditusuk sembilu bernanah hatinya
Salahkah aku Bintang?
Hanya ingin sedikit sinar mu
Cemburu aku lihat bahagia mu
Ku perlu ruang dalam angkasa mu
Insan Mulia,
Lepaskan Bintang itu
Kerana aku tahu
Kau bisa memiliki sebutir lagi bintang
Berilah aku ruang
Berilah aku peluang menggapai bintang itu
Aku insan hina,
Perlu sedikit sinar
Cahaya menyuluh jalan ku
Bintang itu cocok dengan ku
Bintang itu penyembuh duka ku
Insan Mulia,
Kau teramat istimewa
Jalan mu penuh bahagia
Jalan mu tiada noda
Berikan Bintang itu pada ku
Biarkan aku menitip bahagia dengannya
Pergilah insan mulia
Tinggalkanlah dia
Tinggalkan kasihnya
Perit mu
Pedih mu
Bisa terawat nanti
Luka ku
Nanah ku
Hanya perlu Bintang itu
Maafkan aku insan mulia
Durjana aku hanya untuk bahagia
Derhaka aku hanya untuk cinta
Dari Bintang hati ku yang sempurna