Sunday, November 30, 2008

fa mi ly :)












mereka lah yang mengalir dalam tubuh sy :)

Thursday, November 27, 2008

s a h a b a t











sahabat sy :)
semuge kekal bersahabat :)

Friday, November 7, 2008

Pesanan untuk aku kepada aku

Janganlah letak 100% kepercayaan pada orang lain walopun darah daging seniri. Semue orang sentiasa akan melebihkan kehendak mereka. Tak ada orang yang baik lagi di sekeliling kite. Jangan cube mahu salahkan diri sendiri selagi tak kaji dari basic sesuatu kejadian. Tak payah nak kesal atas apa yang terjadi. Ni semue satu pengalaman agar dapat aku jadikan pengajaran di masa akan datang. 'Yang luarnye baik, lembut, sempurna, tak semestinye hatinye begitu juga.'
'Jangan benci mereka kerana sekali aku bersahabat, selama pun dia tetap menjadi sahabat. Walopun ada yang tikam ku dari belakang, tak mungkin akan ku benci hingga akhir nafasku!'
Kini.
Aku pandang depan.
Tak toleh lagi.
Kau – berilah aku ruang fikirkan positif tentang kau
Aku mahu hidup asal ku
Aku mahu semue perit ini terhakis
Aku mahu hidup ku yang dulu.

Wednesday, November 5, 2008

Senyuman Manusia Kegemaran

Memang benar telah ditakdir begini
Ditulis indah olehNYA begini
Haruskah aku menafi? Perlukah aku menyalahkan takdir ini?
M u s t a h i l
Aku perlu terima kerana aku hanyalah hamba
Dalam duka, aku ukir senyuman
Air mata menitis deras
Hati terluke.
Dalam.
Perit.
Pedih.
Namun senyuman ini masih mahu ku ukir.
Biarlah ramai yang kate
Senyumanku nampak tawar
Senyumanku, senyuman palsu
Tapi masih ku gagahi untuk mengukirnye
Hanya kerane satu
kerana aku mahu dia tahu aku kuat
Kuat memegang kata-katanya
Sedang sebenarnya di hati ini telah
Remuk
Hanco
Ya Allah, aku masih beriman kepadaMU
Aku tak pernah menyalahkanMU atas apa yang terjadi
Atas setiap tulisanMU di dalam diari hidupku
Kerana aku tahu Kau Maha Mengetahui
Kau lebih tahu tahap kemampuanku
Kerana itu Kau menguji aku sebegini
Ya Allah, yang aku mohon
Kau tenangkan diriku, Kau tenangkan dirinya
Semoga dia tak rasa sekelumit kesal dan bersalah
Atas setiap patah ungkapannya
Atas setiap tingkahnya padaku
Ya Allah Ya Tuhanku
Aku mohon juga kepadaMU
Berikan hanya yang terbaik kepadanya
Jangan lah kau duganya dengan dugaan hebat sehingga tiade kuntuman senyum dibibirnya
Kerana aku bahagia melihat senyumannya.
Senyuman dari
Manusia kegemaran ku

Monday, November 3, 2008

Surat untuk Bintang Kegemaran

Ke hadapan Bintang Kegemaran,
Kau masih sama.
Masih serupa.
Masih bersinar.
Indah.
Aku tercalar.
Perit.
Pedih.
Kerana tusukan mu.
Aku berlari.
Cuba mendakap cahaya mu.
Tapi sengaja kau hilangkan sirna.
Kau pancarkan terik.
Bahang.
Terbakar diriku.
Aku tahan piluku.
Namun sang pilu tak mahu beralah dengan ku.
Bercucur-cucuran manik jernih.
Bintang kegemaran ku,
Aku gersang sinar mu.
Sedikit pancaran dari mu. Tak lebih dari itu.
Tapi mengapa kau alihkan pantulan mu ke arah yang lain?
Jauh aku termenung.
Fikirin mengapa laku mu begitu.
Adakah aku tak layak mendapat sinar mu?
Mustahil!
Kerana aku pernah merasanya dulu.
Adakah kesilapan lampau buat rajuk di hati mu berpanjangan?
Maafkan aku bintang.
Aku kepingin benar cahaya mu.
Ya. Memang benar ada bintang lain.
Tapi tak sama.
Kau terlalu istimewa.
Kau kejora.
Kau berbeda dengan mereka.
Bintang kegemaran ku,
Aku pernah khianati kau.
Tapi adakah salah untuk kau berikan aku peluang sekali lagi?
Aku tahulah kau bintang. Yang duduknya di angkasa tinggi.
Aku cuma seketul batu di padang kontang.
Naif.
Tapi sila jangan perendahkan aku, okay?
Bintang kegemaran ku,
Andai ada sinar untuk ku, katakan
Janganlah biar aku mendongak langit mengharap yang tak pasti.
Berilah aku tempat di sisi mu.
Plisss….
Tapi andai tiada simpati dari mu, kurang sedikit, berilah aku sedikit cahaya mu.
Muga secebis cahaya itu bisa mengubat rindu ku pada mu.
Ke hadapan bintang kegemaran,
Maafkan aku kerana mengkhianati kepercayaan mu…
Maafkan aku kerana meluka hati mu…
Doaku…
Semoga satelit pancarkan khabar mu
Agar jadi santapan dunia ku
Biar berada jauh di orbit sendiri
Jauh tercampak menjadi gas negatif pada mu
Berderai-derai hancur.
Berkecai-kecai menjadi debu.
Aku masih mahu juga mendongak langit.
Menanti kemunculan mu.
Menanti terangnya sinarmu.
Kerana hanya kau bintang kegemaran ku.
Bintang kegemaran yang ku kasih.

Bintang terang, bulan penuh,
3/11/2008, 5.48pagi.