Monday, November 3, 2008

Surat untuk Bintang Kegemaran

Ke hadapan Bintang Kegemaran,
Kau masih sama.
Masih serupa.
Masih bersinar.
Indah.
Aku tercalar.
Perit.
Pedih.
Kerana tusukan mu.
Aku berlari.
Cuba mendakap cahaya mu.
Tapi sengaja kau hilangkan sirna.
Kau pancarkan terik.
Bahang.
Terbakar diriku.
Aku tahan piluku.
Namun sang pilu tak mahu beralah dengan ku.
Bercucur-cucuran manik jernih.
Bintang kegemaran ku,
Aku gersang sinar mu.
Sedikit pancaran dari mu. Tak lebih dari itu.
Tapi mengapa kau alihkan pantulan mu ke arah yang lain?
Jauh aku termenung.
Fikirin mengapa laku mu begitu.
Adakah aku tak layak mendapat sinar mu?
Mustahil!
Kerana aku pernah merasanya dulu.
Adakah kesilapan lampau buat rajuk di hati mu berpanjangan?
Maafkan aku bintang.
Aku kepingin benar cahaya mu.
Ya. Memang benar ada bintang lain.
Tapi tak sama.
Kau terlalu istimewa.
Kau kejora.
Kau berbeda dengan mereka.
Bintang kegemaran ku,
Aku pernah khianati kau.
Tapi adakah salah untuk kau berikan aku peluang sekali lagi?
Aku tahulah kau bintang. Yang duduknya di angkasa tinggi.
Aku cuma seketul batu di padang kontang.
Naif.
Tapi sila jangan perendahkan aku, okay?
Bintang kegemaran ku,
Andai ada sinar untuk ku, katakan
Janganlah biar aku mendongak langit mengharap yang tak pasti.
Berilah aku tempat di sisi mu.
Plisss….
Tapi andai tiada simpati dari mu, kurang sedikit, berilah aku sedikit cahaya mu.
Muga secebis cahaya itu bisa mengubat rindu ku pada mu.
Ke hadapan bintang kegemaran,
Maafkan aku kerana mengkhianati kepercayaan mu…
Maafkan aku kerana meluka hati mu…
Doaku…
Semoga satelit pancarkan khabar mu
Agar jadi santapan dunia ku
Biar berada jauh di orbit sendiri
Jauh tercampak menjadi gas negatif pada mu
Berderai-derai hancur.
Berkecai-kecai menjadi debu.
Aku masih mahu juga mendongak langit.
Menanti kemunculan mu.
Menanti terangnya sinarmu.
Kerana hanya kau bintang kegemaran ku.
Bintang kegemaran yang ku kasih.

Bintang terang, bulan penuh,
3/11/2008, 5.48pagi.

No comments: