Tuesday, January 27, 2009

NUR SHEFFIRA BINTI MOKHTAR

Fira di poster ;)

Sederhana tapi masih mahu kesempurnaan dalam setiap hasil. Tidak terlampau teliti tapi selalu mencuba menjadi seorang yang teliti. Degil. Keras kepala. Kegemaran menulis, melihat perilaku sekeliling, bersaing, berusaha, menyahut cabaran, Garaa[NARUTO], coklat, pelangi, bintang, bulan, seni, teater, anime, komik manga, nescafe, milo, vico,cuppacino iced [hanye di TRANQUERAH BISTRO ok?] senyum, ketawa, merumuskan, menconteng, mendengar. Teramat banyak untuk ditulis satu per satu. Sesuatu yang pelik, kreatif punya nilainya tersendiri. Meletakkan visi, harus digapai suatu hari. Bermain dengan api, kerana mahu merasai sakit lecuran. Setapak maju ke hadapan, tak mungkin berpatah arah. Sabar selagi mampu. Lepaskan kemarahan andai batasan tercabar. Sifat sensitif paling menyerlah. Sayang keluarga kerana mereka ialah semangat dan darahku. Suka memikir dan berfikir. Menkonklusi seseorang bukan untuk memanipulasi. Mencari damai terasa dekat denganNya. Sekali aku memulakan persahabatan, selamanya dia akan menjadi sahabat. Biarpun ada yang menikam dari belakang, dia tak mungkin akan ku benci hingga akhir nafas. Dicipta sebagai manusia, bukti DIA menyayangiku. Sering bertanya, sampai bila mahu terus begini? Sedar apa tanggungjawab di atas bumi, di bawah langit ini tapi masih khayal beronggeng. Lebih suka berdiam andai mahu memerhati dan memahami situasi. Cita sebagai penulis tak mungkin terkubur biarpun tersorok. Sukar memahami diriku, jangan putus asa. Terbang ke awan tinggi mencari erti kehidupan. Takkan menyerah. Tak pernah menyesal. Terkilan mungkin. Destinasi hanya satu. Satu itu hanya aku yang tahu. Bebaskan aku dari pengaruh iblis. Supaya cepat aku sampai ke destinasi itu. Cinta ialah apabila seorang anak terluka, tapi si ibu pula yang menangis sedang si anak menenangkan ibunya. Berkata tentang diriku, bukanlah bidangku. Kerana yang hanya layak mengata, menilai diriku ialah kamu, sang pembaca yang sedang membaca. n o k t a h .

No comments: