Wednesday, January 21, 2009

Seniri

Salam.

Ku rebahkan diri atas tanah di bumi Mu

Menanti bilakah tulisan hidupku akan diwarna bahagia

Bilakah keajaiban Mu menemani jiwa

Walau aku akur dan redha dengan takdir Mu

Tapi aku kepingin benar rasa gembira

Aku bukan hamba yg setia

Aku bukan hamba yg patuh dlm segala perintah

Tapi entah knp aku benar mahu sedikit cahaya dari Mu

Terkadang aku seniri alpa

Aku seniri lupa

Siapa diri aku sebenarnya

Tapi aku tak pernah lupa

Siapa Penciptaku

Nikmat dari Mu di dunia, kadangkala memejamkan mata ku ini

Melengahkan diriku yg hina ini

Dalam menjalankan tanggungjawabku

Amanah dari Mu

Kadang aku seniri malu dengan sikap ku

Malu kerana masih mahu duduk memohon bantuan, pengampunan dari Mu

Sedang diri ini adakalanya melupakan Mu

Namun aku percaya

Kau Maha Penyayang lagi Maha Pengampun

Nurfyra,21/01/2009,6.50am

3 comments:

Anonymous said...

ko nieh kejap brutal..kejap puitis...camner nih????tak tetap pndirian rrr...tangkap lentok lah pulak..aper pun good, good,good,n very good handwriting..hik hik

Anonymous said...

ahh..fira ni memang suker menulis ayat yang merepek2.tapi maksud die dalam betol.aku pon bile bace buku ko aku tak paham.ape2pon aku harap cite2 kau nak jadik penulis tercapai!

Nurfyra said...

wey! buku aq tu bile nak pulangkan ngek?
aku duk carik2 rupenye kat ang eak?
siot btol!
weh bagi blek.
ko da mencuri hasil tulisan aq!
huhuhu ;)
wlupun tak seberape tu.
hikhik ;)
thnx man!
InsyaAllah 1day :)